Mencipta inovasi secara bertanggungjawab
Sebagai sebuah perniagaan global dan majikan tempatan yang berwibawa, kami mempunyai tanggungjawab terhadap warga kerja kami dan planet bumi.
Inilah waktu yang terbaik, sedang kita berusaha menangani kesan pandemik global yang berlarutan, untuk meninjau realiti baharu dan melakar perubahan. Dunia memerlukan tindakan dan kami telah meluangkan banyak masa untuk mengkaji aktiviti dan kesan serta sumbangan kami.
Pada tahun lepas, kami memberikan komitmen kepada Matlamat Pembangunan Mampan Perjanjian Global Bangsa-bangsa Bersatu (Sustainable Development Goals, SDG) dan pada tahun ini, kami amat berbangga kerana berjaya membuktikan bahawa kami mengotakan janji kami – dengan menjadi salah satu syarikat dalam industri yang mencapai status B Corp. Penilaian ketat yang dilaksanakan untuk mencapai status ini disejajarkan dengan SDG, justeru kami percaya bahawa fokus kami adalah betul.
Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains
Sebagai sebahagian daripada pelan tindakan kemampanan, kami telah menyertai Cita-cita Perniagaan (Business Ambition) untuk komitmen 1.5°c dan kami merupakan satu daripada 1000 perniagaan global yang pertama terlibat. Inisiatif ini menghendaki setiap anggotanya menyatakan ikrar untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih (net zero emissions) menjelang 2050 dan mengekang kenaikan suhu global 1.5°c yang boleh mengakibatkan kemusnahan.
Kami juga menyertai pergerakan Perlumbaan Mencapai Sifar (Race to Zero), iaitu kolaborasi pemimpin-pemimpin seluruh dunia yang menyokong usaha untuk mencapai pemulihan karbon sifar. Bagi membuktikan ikrar kami untuk mengurangkan impak operasi terhadap alam sekitar, kini kami telah menetapkan sasaran berasaskan sains untuk mencapai sifar bersih (net zero) menjelang 2045.
Laporan Tindakan Bertanggungjawab 2024
Owen Mumford merupakan salah satu syarikat peranti perubatan yang pertama di dunia mencapai pensijilan B Corp dan telah menetapkan sasaran berasaskan sains untuk mencapai sifar bersih menjelang 2045, sebagai sebahagian daripada agenda kemampanan yang telah lama diwujudkan dan masih terus berkembang. Dalam laporan tahun ini, kami mahu meneliti cara industri peranti perubatan boleh menyemak dan memikirkan semula cara produk dihasilkan, dan cara perniagaan dijalankan.
Kami berharap komitmen ini dapat memberikan inspirasi kepada syarikat lain dalam sektor sama untuk melaksanakan pelan tindakan mereka sendiri dan berusaha mencapai matlamat masa depan yang selamat lagi mampan untuk semua.
Baca Laporan Tindakan Bertanggungjawab 2024 di sini
Neuigkeiten
Hier finden Sie unsere verschiedenen Nachhaltigkeitsberichte:
3 Kesihatan yang baik dan kesejahteraan
Selain dasar kerja hibrid yang sedang dilaksanakan membolehkan pekerja pejabat bekerja dari rumah hingga 2 hari seminggu dan memilih jam kerja yang sesuai dengan jadual mereka, tahun ini kita melancarkan dasar baharu yang membenarkan warga kerja untuk mengumpulkan masa rehat setelah melakukan kerja lebih masa. Dasar ini menawarkan maksimum 12 jam hari cuti setiap tahun.
Pada tahun 2022, pasukan Malaysia melancarkan dasar kerja fleksibel untuk warga kerja pejabat, yang membenarkan mereka bekerja dari rumah hingga 2 hari seminggu dan memilih waktu kerja fleksibel.
5 Kesamarataan Jantina
Sebagai sebahagian daripada ikrar syarikat untuk menyokong warga kerja melalui setiap fasa kehidupan, kita telah memperkenalkan dasar yang khusus untuk menopaus. Dasar ini menekankan semua pilihan untuk warga kerja yang mungkin memerlukan bantuan tambahan semasa melalui fasa ini. Dasar cuti bersalin yang dipertingkatkan termasuk cuti enam bulan bergaji penuh untuk wanita yang mengambil cuti bersalin, dan menggalakkan wanita bekerja semula selepas bercuti, dasar baharu yang diperkenalkan untuk membolehkan para ibu kembali bekerja pada kapasiti 80% dengan menerima gaji 100%.
9 Industri Inovasi dan Infrastruktur
Penyepaduan logistik di UK dan Eropah telah berjaya mengurangkan penggunaan 16 treler pada tahun ini, dan pasukan sedang mengenal pasti penyelesaian boleh guna semula yang akan membolehkan palet bertindan dua semasa pengangkutan, sekali gus mengurangkan bilangan perjalanan penghantaran melalui laut kepada satu per empat berbanding tahun sebelumnya.
12 Penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab
Sistem ini akan membolehkan pasukan penyelidikan dan pembangunan menghapuskan kerja agakan dan akibat yang tidak disengajakan dalam semua kategori impak semasa keputusan reka bentuk, merangsang pendekatan bagi pembangunan produk dan memainkan peranan penting dalam rangka kerja pengurangan pelepasan karbon skop 3.
13 Tindakan terhadap iklim
Tapak kita di UK dan Jerman menggunakan 100 peratus sumber tenaga boleh baharu, dan inisiatif pengurangan tenaga telah dilancarkan serta ditambah baik di semua tapak untuk mengurangkan pelepasan karbon skop satu dan dua melalui penggunaan lampu LED dan pengesan pergerakan. Titik pengecasan kereta elektrik disediakan di tapak Jerman dan UK, dan berikutan peningkatan penggunaan EV di UK, titik pengecasan akan ditambah lagi pada tahun 2023.
Panel suria yang dipasang di tapak UK telah menjanakan 134,280kWh tenaga bersih sehingga kini. Panel suria yang dipasang di tapak kita di Malaysia pada tahun lepas akan menjanakan kira-kira 420,000kWh dan mengurangkan 288 tan CO2 setahun.