Owen Mumford umum kerjasama menarik dengan pengilang bekas ubat multinasional Kumpulan Stevanato
Esok kami akan mengumumkan kolaborasi baharu dengan syarikat multinasional, Kumpulan Stevanato, yang merupakan organisasi terkemuka dan berwibawa dalam industri farmaseutikal yang menghasilkan bekas ubat primer seperti bebuli kaca, picagari dan ampul. Kumpulan Stevanato akan membantu kita mempromosikan auto-injektor inovatif iaitu Aidaptus® (dahulunya dikenali sebagai projek Eiger) kepada khalayak yang lebih luas, sekali gus memberi kita akses kepada kalangan pelanggan baharu pada peringkat awal pembangunan ubat seterusnya membolehkan Owen Mumford mempengaruhi keputusan peranti pada peringkat awal. Setelah kita menjalin kerjasama dengan syarikat farmaseutikal yang besar, Stevanato akan membuat pelaburan yang signifikan dalam aset pengacuan dan peralatan subpemasangan, dan akan memberikan pilihan bagi peralatan pemasangan akhir untuk membolehkan syarikat farmaseutikal menghasilkan peranti berisi ubat kepada para pesakit mereka. Pada peringkat awal, Owen Mumford akan melaksanakan pemasangan peranti secara manual sebelum melabur dalam peralatan pemasangan automatik sepenuhnya di kemudahan yang baharu di Witney.
Sebaik sahaja semua peralatan yang diperlukan siap sedia, Stevenato akan membekalkan komponen acuan untuk Aidaptus, dan bersama-sama Owen Mumford, akan menghasilkan subpemasangan. Dengan pelanggan yang sangat bernilai, kepakaran dan akses kepada sumber kewangan dan modal insan yang dibawakan oleh Kumpulan Stevanato, kita akan memberikan fokus dan sokongan yang sepenuhnya kepada Aidaptus.
Kolaborasi ini akan menjanakan peluang jualan tambahan bagi peranti canggih yang telah kita reka bentuk ini, malah menjadi penyelesaian inovatif dan kompetitif daripada syarikat terkemuka dalam inovasi reka bentuk peranti perubatan - Owen Mumford.