Owen Mumford Malaysia memenangi anugerah HR berprestij

January 2025

Owen Mumford Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu syarikat yang telah memenangi anugerah ‘’HR Asia Best Companies to Work for in Asia 2024’’ untuk dua tahun berturut-turut. Penghormatan berprestij ini dianugerahkan pada 04 Disember 2024 oleh HR Asia, penerbitan terkemuka dalam industri Sumber Manusia. 

Owen Mumford Malaysia menonjol sebagai salah satu daripada 66 syarikat Malaysia yang cemerlang dan dipilih daripada 290 syarikat yang telah bersaing untuk mendapatkan pengiktirafan ini. Penghargaan ini mencerminkan komitmen teguh Owen Mumford Malaysia dalam memberi kepuasan hati, kebajikan dan pembangunan pekerja. Owen Mumford Malaysia sangat berdedikasi dalam persekitaran kerja yang positif sambil memupuk pertumbuhan pekerja dan kecemerlangan di tempat kerja.
Di samping pencapaian ini, Owen Mumford Malaysia sangat berbangga menerima dua lagi anugerah berprestij dalam kategori berikut:

1. Anugerah ‘’HR Asia Diversity, Equity and Inclusion Award 2024’’– mengiktiraf kemajuan penting dalam mewujudkan tempat kerja yang pelbagai dan inklusif.
2. Anugerah “HR Asia The Most Caring Company Award 2024” – mengiktiraf penjagaan luar biasa terhadap rakan sekerja, terutamanya pada masa yang mencabar.

Penghormatan ini telah membuktikan dedikasi yang luar biasa dan usaha kolektif semua di seluruh organisasi.