Imperatif hijau untuk perniagaan peranti perubatan

12 November 2021

Sistem penjagaan kesihatan global merupakan penyumbang besar kepada pelepasan gas rumah hijau dan mewakili sejumlah 4.4% jejak karbon di seluruh dunia.¹ Rantaian bekalan memiliki sebahagian besar daripada sumbangan ini. Misalnya di UK, 62% jejak karbon pelepasan Perkhidmatan Kesihatan Negara berasal daripada rantaian bekalan pada tahun 2019.² Oleh itu, kuasa pembelian sistem penjagaan kesihatan boleh digunakan untuk menurunkan impak secara keseluruhan. Pembekal bagi hospital dan organisasi penjagaan kesihatan yang lain boleh menjangkakan penelitian yang lebih tinggi dalam bahagian ini kerana kriteria hijau semakin kerap disertakan pada tender. Bilik lembaga tidak lagi boleh mengelakkan isu ini memandangkan adanya impak kegagalan komersial untuk menyemak kelayakan persekitaran mereka.


Cabaran kemampanan untuk peranti perubatan

Walau bagaimanapun, cabaran untuk perniagaan peranti perubatan ialah keperluan untuk mencegah penyebaran jangkitan daripada produk yang telah digunakan. Mereka mestilah berhati-hati untuk tidak memperkenalkan ketidakcekapan baharu apabila mengitar semua produk atau menyediakan produk untuk digunakan semula. Misalnya, pensterilan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak sementara pensteril seperti etilena oksida juga mungkin mempunyai kesan yang memudaratkan. Satu cara berkesan dalam mengurangkan impak persekitaran produk secara keseluruhan adalah untuk menyemak seluruh kitaran hayatnya yang mana perubahan boleh dibuat. Bolehkah bilangan komponen dalam produk ini dikurangkan? Bagaimanakah produk dibawa melalui rantaian bekalan? Bolehkah proses pengilangan menjadi lebih bersih? Sesetengah cabaran yang berkemungkinan terhasil daripada semakan ini juga boleh mengurangkan kos perniagaan seperti meningkatkan kecekapan tenaga di seluruh premis syarikat.


Teruskan usaha untuk kemampanan

Sebaik sahaja perniagaan berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam bahagian ini, sepatutnya ada objektif yang jelas yang kemudiannya disemak dengan kerap untuk memastikan aktiviti diteruskan. Industri peranti perubatan dikawal selia dengan ketat agar syarikat dalam sektor ini terbiasa dengan mematuhi syarat dan menjalani audit yang ketat.

Di Owen Mumford, kami memutuskan untuk mengambil pendekatan yang serupa dalam memenuhi objektif kemampanan kami dengan menyerahkan perniagaan kami bagi menjalani penilaian B Corp. Penilaian ini termasuklah lebih daripada 250 soalan yang merangkumi lima bahagian impak. Daripada menumpukan pada persekitaran sepenuhnya sebagai penunjuk tanggungjawab korporat, ‘Penilaian Impak B’ juga memeriksa tadbir urus syarikat, penglibatan dengan syarikat, sokongan pekerja dan pengawasan pelanggan. Ini merupakan lanjutan kepada komitmen kami yang sedia ada; bagi memastikan kami menumpukan perhatian yang secukupnya pada isu ini, Owen Mumford telah pun menyediakan Kumpulan Pengemudian Persekitaran pada tahun 2014, untuk menjalankan dan memantau inisiatif kemampanan.


Mencapai pensijilan B Corp

Walaupun kami sudah berusaha pada penambahbaikan secara aktif dalam bahagian ini, semakan B Corp menuntut perubahan tambahan untuk mengukuhkan prestasi kami. Komitmen sosial dan persekitaran kami kini termaktub secara rasmi dalam tataurusan persatuan kami dengan bahagian baharu yang menjelaskan tujuan syarikat. Ini mempertanggungjawabkan kami kepada semua pihak berkepentingan, memastikan kami terus menghormati komitmen kami untuk memberikan impak yang positif dari segi bahan terhadap masyarakat dan persekitaran melalui perniagaan dan operasi kami. Ini dilanjutkan kepada pembekal kami, yang juga mewakili sebahagian daripada jejak langkah kami, maka kami menjalankan analisis pembekal, perkhidmatan dan bahan kami bagi menentukan risiko bahan sumbangan kepada pelepasan gas rumah hijau. Kami telah mengadalan dasar pembelian persekitaran, yang kini dilanjutkan di seluruh rangkaian rantaian bekalan kami.
Dari segi langkah-langkah amali di tapak kami, pertama sekali kami melaksanakan inisiatif pengurangan tenaga di seluruh operasi global kami, di UK, AS dan Malaysia dengan mengurangkan pelepasan karbon Skop 1 dan 2 kami³ sebanyak lebih daripada suku (27.3%). Laman UK kami kini kebanyakannya dikuasakan dengan sumber boleh diperbaharui, termasuklah tenaga yang kami jana dengan sendiri melalui susunan suria di tapak. Kedua, kami menjalankan audit kualiti udara luar. Kepekatan karbon dioksida merupakan penunjuk pengudaraan yang memadai dan kualiti udara dalam bangunan yang terhasil. Jika tapak tidak diberikan pengudaraan dengan baik, kepekatan CO2 daripada pernafasan yang dihembus keluar boleh terkumpul, lantas menjadikan bilik terasa pengap; pekerja pula mungkin mengalami kelesuan, kehilangan tumpuan dan sakit kepala. Audit juga mengukur suhu, kelembapan dan paras karbon monoksida bagi memastikan kesemua ini dalam parameter yang memuaskan.


Komitmen yang berterusan

Owen Mumford adalah antara syarikat peranti perubatan yang pertama untuk mencapai pensijilan B Corp, menyertai lebih daripada 400 syarikat UK dan lebih daripada 4,000 syarikat di seluruh dunia. Pensijilan membantu memulakan semakan operasi perniagaan secara menyeluruh, yang mungkin sangat berguna untuk syarikat yang tidak pasti titik untuk bermula dengan agenda Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) mereka. Pelaksanaan perubahan yang perlu mungkin mengambil sedikit masa tetapi memenuhi objektif ESG harus dipertimbangkan sebagai proses berterusan. B Corp ialah rangka kerja untuk membantu perniagaan berusaha ke arah penanda aras optimum dalam setiap bahagian dan meningkatkan standard dengan kerap. Pensijilan ini menggalakkan kami di sini untuk berfikir dengan teliti tentang menentukan sasaran kami bagi mengukur kemajuan sebenar dan mencapai perkara yang realistik serta perkara yang benar-benar bermakna. Setiap orang dalam syarikat terlibat dalam penglibatan ini dan ini akan membantu memacu langkah-langkah masa akan datang. Kecemasan iklim semakin mendesak, maka komitmen berterusan daripada setiap perniagaan - sama ada kecil atau besar, boleh membawa manfaat.

 (Jangan terjemah rujukan di bawah)

Rujukan
1. The Lancet Planetary Health, M.Lanzen, A.Malik, M.Li, J.Fry, H.Weisz, P.Pichler, L.S.M. Chaves, A.Capon, D. Pencheon, The environmental footprint of health care: a global assessment, 01 July 2020, Vol. 4, No. 7. doi: 
https://doi.org/10.1016/S2542-5196(20)30121-2
2. The Lancet Planetary Health, I.Tennison, S.Roschnik, B.Ashby, R.Boyd, I.Hamilton, T.Oreszczyn, Health care’s response to climate change: a carbon footprint assessment of the NHS in England, 01 February 2021, Vol. 5, No. 2. doi: https://doi. org/10.1016/S2542-5196(20)30271-0
3. Carbon Trust. https://www.carbontrust.com/resources/briefing-what-are-scope-3-emissions