Bangsa-bangsa Bersatu: Penajaan Webinar Mengurangkan Pelepasan Karbon Skop 3
Dengan sukacitanya kami mengumumkan kerjasama dengan United Nations Global Compact (UNGC) untuk menaja satu siri webinar tentang kaedah yang boleh diterokai oleh syarikat bagi menangani pelepasan karbon skop 3 dalam seluruh rantaian nilai mereka.
Memandangkan pelepasan karbon skop 3 biasanya mencakup lebih daripada 70 peratus daripada jejak* karbon sesuatu perniagaan, penting sekali organisasi mengambil langkah untuk memenuhi objektif Perjanjian Paris dan bekerjasama untuk mengekang pemanasan global.
Siri webinar ini bertujuan membantu syarikat untuk mengukur, melaporkan dan mengurangkan pelepasan karbon secara munasabah malah menerapkan tindakan ini dalam strategi sifar bersih mereka. Isobel Filipova, Jurutera Reka Bentuk dalam Pembangunan Produk Lestari, akan berkongsi amalan terbaik untuk mengenal pasti langkah praktikal yang boleh disarankan kepada pihak berkepentingan dalam rantaian nilai bagi mempercepat pengurangan pelepasan karbon skop 3. Penceramah undangan yang lain termasuklah pakar iklim dan wakil daripada syarikat-syarikat yang sudah memulakan usaha ini untuk berkongsi pengalaman mereka.
Sebagai anggota UN Global Compact Network, kami berbangga dapat menyokong program ini dan membantu perniagaan, kerajaan dan individu untuk lebih memahami komitmen yang boleh mereka berikan bagi melakar masa depan yang lebih baik.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penajaan webinar UNGC, klik di sini https://bityl.co/BRnb
*United Nations Global Compact 2022. Pelepasan karbon skop 3 UN Global Compact. Boleh diakses di: https://www.unglobalcompact.org.uk/scope-3-emissions/. (Telah diakses: 22 Jun 2022)