Owen Mumford mengumumkan sasaran dan rancangan berasaskan sains untuk sifar bersih
Owen Mumford mengumumkan sasaran pengurangan pelepasannya melalui inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi). Syarikat ini telah menetapkan sasaran untuk mencapai sifar bersih menjelang tahun 2045 (untuk menggambarkan sasaran NHS UK) yang sejajar dengan saranan Perjanjian Paris tahun 2015.
Menggunakan sasaran berasaskan sains, syarikat boleh menentukan jumlah dan kepantasan yang mereka perlukan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) mereka bagi mencegah kesan perubahan iklim yang teruk. Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) menetapkan sasaran pengurangan pelepasan berasaskan sains yang selari dengan sains iklim, menyokong syarikat semasa mereka melaksanakan usaha tindakan iklim yang bercita-cita tinggi dalam sektor swasta. Lebih daripada 2,000 syarikat di seluruh dunia sudah pun menetapkan sasaran mereka.
Sebagai sebahagian daripada pelan tindakan kemampanannya, Owen Mumford telah menyertai Cita-cita Perniagaan bagi komitmen 1.5°c dan merupakan salah satu 1000 perniagaan global yang terawal untuk mendaftar. Inisiatif yang dilancarkan pada tahun 2019 ini meminta ahlinya untuk berikrar bagi mencapai pelepasan sifar bersih, paling lewat pada tahun 2050 mengikut amaran Panel Antara Kerajaan bagi Perubahan Iklim (IPCC) Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu bahawa peningkatan sebanyak 1.5°c pada suhu global akan membawa kesan yang sangat memudaratkan.
Dengan menyertai komitmen ini, Owen Mumford juga menyertai pergerakan Perlumbaan Mencapai Sifar iaitu usaha sama para pemimpin di seluruh dunia dalam menyokong usaha untuk mencapai pemulihan karbon sifar. Baru-baru ini, Owen Mumford menjadi salah satu pengilang peranti perubatan pertama di dunia yang mencapai pensijilan B Corp berikutan penetapan program kemampanannya pada tahun 2014 dan komitmen rasmi terhadap Matlamat Pembangunan Kemampanan (SDG) Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. Untuk merasmikan ikrar bagi mengurangkan impak persekitaran operasinya, kini, Owen Mumford telah menetapkan sasaran berasaskan sains dengan tahun dasarnya pada 2015. Syarikat ini akan menubuhkan haluan pada tahun 2022, termasuklah peristiwa penting untuk menandakan pencapaian matlamat dan mengukur kejayaannya. Tumpuan akan diberikan pada pelepasan Skop 3, yang merangkumi faktor seperti barangan dan perkhidmatan yang dibeli, perjalanan perniagaan serta pelupusan sisa.
Jarl Severn, Ketua Pegawai Eksekutif di Owen Mumford berkata: “Owen Mumford telah menjadi pereka baru peranti perubatan selama berdekad lamanya dan kami memahami kepentingan memimpin melalui teladan apabila bercakap tentang persekitaran dan impak kami sebagai sebuah perniagaan. Menetapkan sasaran berasaskan sains dengan SBTi akan mempertanggungjawabkan kami dan membantu kami mencapai sasaran sifar bersih kami menjelang tahun 2045. Kami berharap komitmen ini akan memberikan inspirasi kepada perniagaan lain untuk melaksanakan sasaran kemampanan mereka sendiri dan berusaha ke arah matlamat masa depan neutral karbon.”
Ketahui lebih lanjut tentang inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) di sini.