Penafian Liabiliti

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Owen Mumford Limited tidak memikul sebarang tanggungjawab ke atas maklumat yang diterbitkan pada tapak ini dan menafikan segala liabiliti berhubung dengan maklumat sedemikian. Owen Mumford Limited tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan dan/atau kerosakan pada individu atau harta benda berikutan sebarang pernyataan yang mengandungi fitnah sebenar atau tuduhan, pencabulan harta intelektual atau hak privasi, atau liabiliti produk, sama ada terhasil daripada kecuaian atau sebaliknya, termasuk tanpa pengehadan, daripada sebarang penggunaan atau operasi bagi sebarang idea, arahan, prosedur, produk atau kaedah yang terkandung di dalam bahan yang diterbitkan pada tapak ini. Owen Mumford Limited tidak menjamin bahawa maklumat yang diterbitkan pada tapak ini tepat atau tiada kesilapan. Maklumat yang diterbitkan dalam tapak ini bertujuan memberi maklumat umum sahaja. Maklumat ini tidak bertujuan menjadi atau mengganti nasihat perubatan profesional berkaitan dengan keadaan atau soalan perubatan tertentu. SENTIASA minta nasihat doktor anda atas sebarang soalan yang anda ada mengenai sesuatu keadaan perubatan. Anda bersetuju menerima penggunaan undang-undang Inggeris untuk mentadbir hal-hal di antara Owen Mumford Limited dan diri anda.