Jika anda perlu menyuntik

Pen dan jarum suntikan kami direka bentuk untuk menyokong pengurusan kendiri dan program rawatan bagi pelbagai keadaan dan lingkungan terapi. Ia disarankan oleh profesional penjagaan kesihatan dan diakui oleh syarikat farmaseutikal yang ulung di seluruh dunia.

Kami mereka bentuk produk kami setelah berbincang dengan pengguna mengenai keperluan dan masalah yang dihadapi oleh mereka semasa cuba menguruskan suntikan setiap hari.

Kami menawarkan penyelesaian suntikan yang menangani cabaran berkaitan dengan fobia jarum dan suntikan, memberi keselesaan dan kemudahan dalam pengurusan rawatan kerap dan memudahkan kehidupan pengguna yang mengalami penurunan kecekatan dan mereka yang menghadapi kesukaran menyuntik secara manual menggunakan picagari.

Produk suntikan Owen Mumford menggalakkan penukaran jarum yang kerap, teknik suntikan yang baik dan direka bentuk secara ergonomik supaya mudah digunakan, walaupun oleh pengguna muda dan pengguna yang mengalami penurunan kecekatan.

Pilihan produk kami termasuk:

  • Autopen®: Pen penyampaian katrij insulin boleh guna semula kami memberi dos insulin pratakrif dengan daya minimum bagi memudahkan rawatan untuk semua usia.
  • Unifine® Pentips: Jarum pen berkualiti tinggi direka bentuk untuk memberi pengalaman suntikan yang lebih selesa.
  • Unifine® Pentips® Plus: Jarum pen berkualiti premium pertama dengan penanggal jarum terbina dalam untuk mempercepatkan pelupusan jarum serta-merta setelah digunakan.
  • UniGuard®: Penanggal jarum pen sekali guna mengadang jari dan ibu jari daripada jarum pen yang sudah digunakan, menanggal jarum secara berkesan dan menutup jarum untuk memudahkan pelupusan.

Produk-produk berikut yang dipaparkan di laman web ini tidak dijual di Malaysia.