Unistik® 3

Lanset keselamatan sekali guna yang mengurangkan kesakitan semasa pensampelan darah

X

Lanset keselamatan sekali guna Unistik®3 menyediakan cara yang mudah dan sesuai untuk menguji paras glukosa darah. Satu klik mudah untuk menggerakkan lanset dan penggunaan Comfort Zone Technology® (CZT) kami yang unik memberi pengalaman pensampelan darah yang paling selesa untuk pengguna.*

Data klinikal bebas* menunjukkan bahawa lanset keselamatan Unistik® 3 dengan Comfort Zone Technology® mengurangkan kesakitan, memberikan pengalaman yang lebih selesa. Comfort Zone Technology® terdiri daripada lapan titik tekanan timbul pada hujung lanset keselamatan. Teknologi terpaten ini menghantar isyarat keselesaan ke otak, menghalang penerimaan mesej kesakitan , membantu menghilangkan kesakitan berkaitan dengan sampel pencucuk jari.

Pilihan Unistik®3 menampilkan mekanisme pembidik sisi dan reka bentuk ergonomik yang memberi keyakinan dan kawalan penuh kepada pengguna semasa prosedur pensampelan. Unistik®3 juga mempunyai jarum boleh tarik semula automatik untuk melindungi pengguna daripada kecederaan akibat tertusuk jarum.

Pilihan Unistik®3 turut menampilkan satu penunjuk untuk menentukan posisi yang tepat, dan satu penunjuk halang masuk yang mencegah serta mengenalpasti cubaan guna semula.

Pilihan lanset keselamatan sekali guna Unistik®3 menawarkan pelbagai kedalaman dan spesifikasi ukuran yang berbeza untuk memenuhi semua keperluan pensampelan darah.

Unistik®3 Gentle

  • Lanset ukuran 30 1.5mm kedalaman penusukan

Unistik®3 Comfort

  • Lanset ukuran 28 1.8mm

Unistik®3 Normal

  • Lanset ukuran 23 1.8mm

Kebaikan:

  • Jarum ditarik semula dengan serta-merta selepas digunakan, mengurangkan risiko kecederaan akibat tertusuk jarum
  • Comfort Zone Technology® memaksimumkan keselesaan semasa prosedur pensampelan
  • Penunjuk halang masuk mencegah penggunaan semula
  • Reka bentuk intuitif untuk penggunaan yang mudah
  • Penunjuk untuk posisi yang disasarkan

 

*Dewland P, Edwards C. Kajian buta tunggal, rawak, bersilang 8 hala untuk membandingkan jumlah darah dan persepsi kesakitan disebabkan pensampelan darah kapilari – Mac 2007.