Amielle

Rawatan kendiri lembut untuk wanita yang sedang menerima radioterapi pelvik

X

Dilator Vagina Amielle Care

Dibina dengan kerjasama Forum Kebangsaan Jururawat Ginekologi Onkologi UK, Amielle Care mempunyai pelbagai dilator yang direka untuk membantu wanita mengatasi masalah kesihatan mengenai struktur vagina, berikutan radioterapi vagina, serviks atau pelvis. Radioterapi boleh meninggalkan parut dalaman (pelekatan) di kawasan yang dirawat dan membuat vagina lebih sempit, kering dan kurang elastik.

Dilator faraj Amielle Care membantu menggurangkan risiko pembentukan parut dan menawarkan satu cara berkesan untuk pesakit mengambil peranan aktif dalam rawatan mereka.

Pencegahan pembentukan tisu parut dalam faraj membantu memastikan vagina masih lembut, supaya persetubuhan dan pemeriksaan vagina dapat dilakukan tanpa rasa tidak selesa atau sakit.

Amielle Care termasuk satu set 4 dilator bersenggat dengan pemegang serba guna yang memudahkan pemasukan dan penanggalan, pelincir dan satu beg yang tidak menonjol (UK sahaja).

Kebaikan:

  • Rawatan berkesan yang selesa digunakan di rumah pesakit
  • Kadar rawatan mengikut arahan pengguna
  • Empat saiz bersenggat untuk membantu pengguna bertambah baik secara beransur-ansur
  • Direka untuk membantu membina keyakinan

 

Dilator Faraj Amielle Comfort

Amielle Comfort adalah rawatan kendiri lembut untuk persetubuhan yang sakit, direka dengan kerjasama ahli terapi psikoseksual. Dilator Amielle Comfort membantu wanita yang mengalami vaginismus dan dispareunia dan boleh digunakan secara berasingan atau bersama rawatan lain.

Amielle Comfort termasuk satu set 5 dilator bersenggat dengan pemegang serba guna yang memudahkan pemasukkan dan penanggalan, pelincir dan satu beg yang tidak menonjol (UK Sahaja).

Kebaikan:

  • Rawatan berkesan yang selesa digunakan di rumah pesakit
  • Kadar rawatan mengikut arahan pengguna
  • Lima saiz bersenggat untuk membantu pengguna bertambah baik secara beransur-ansur
  • Direka untuk membantu membina keyakinan

Maklumat lanjutan mengenai pelbagai rawatan dan keadaan rawatan boleh didapati di www.time2talksexualhealth.com.

Model digunakan untuk tujuan ilustrasi sahaja.