Merah untuk Kehidupan: Derma Darah, Selamatkan Nyawa

Pada 06 haribulan September 2024, Owen Mumford Malaysia dengan bangganya telah menganjurkan acara menderma darah pada pertamanya kalinya bagi mengukuhkan komitmen kami terhadap khidmat masyarakat. Pusat menderma darah yang sementara telah disediakan di kafeteria kami untuk membolehkan rakan sekerja kami berkumpul dan menjalankan tujuan murni tersebut.

Derma darah adalah sebahagian daripada program kesihatan mental dan kesejahteraan kami. Matlamat kami adalah untuk menggalakkan rakan sekerja untuk menyertai amal kebajikan yang boleh membantu menyelamatkan nyawa ini, sambil meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah dan pada masa yang sama menyumbang kepada bank darah tempatan.

Acara ini telah mendapat sambutan yang sangat positif daripada rakan sekerja. Walaubagaimanapun, ada sebahagian rakan sekerja yang menghadapi kekangan kelayakan untuk menderma darah. Namun kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa 28 unit darah telah berjaya dikumpulkan. Kesediaan rakan sekerja kami untuk menderma darah bukan sahaja telah memberi impak kepada mereka yang memerlukan tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk melihat tindakan menderma darah sebagai salah satu amal kebajikan yang amat bermakna kepada masyarakat.

Dengan ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan sekerja yang telah mengambil bahagian, serta tidak lupa juga kepada Unit Tabung Darah HSNI Batu Pahat atas sokongan dan kepakaran mereka yang tidak ternilai.