Owen Mumford menyediakan pilihan produk untuk profesional perubatan yang direka bentuk untuk membantu memperbaiki penyampaian dan pengurusan rawatan untuk pelbagai lingkungan terapi dan keadaan.
Peranti kami menggabungkan inovasi yang menggalakkan kepatuhan pesakit, menyediakan keselesaan kepada pesakit serta memudahkan pemberian penyampaian ubat, diguna dan disarankan oleh pihak hospital, pusat perubatan dan oleh pengamal penjagaan kesihatan di seluruh dunia.
Tiga bidang produk utama kami adalah hasil daripada pengalaman dalam pembangunan peranti perubatan lebih daripada enam dekad, pelaburan mampan, kepakaran dalam reka bentuk dan pengilangan, dan kawalan kualiti yang ketat.

Pensampelan darah kapilari
- Peranti lanset dan lanset yang membantu proses pensampelan darah untuk pesakit dan profesional penjagaan kesihatan.
- Salah satu produk lanset yang paling meluas untuk memenuhi semua keperluan pensampelan anda
- Guna Comfort Zone Technology® untuk memberikan pengalaman pensampelan yang selesa, tepat dan terkawal kepada setiap jenis pesakit daripada kanak-kanak hinggalah warga emas.

Penjagaan mata
- Peranti yang memudahkan pesakit menitikkan sendiri ubat mata.
- Memastikan ubat titis mata berjaya disampaikan pada cubaan pertama
- Membantu meningkatkan kepatuhan pesakit

Pen & jarum suntikan
- Pen suntikan & jarum pen yang menjadi peneraju industri ini dihasilkan dengan reka bentuk yang didorong oleh pesakit dan klinisian.
- Produk penyampaian ubat yang membantu pesakit menangani keadaan kronik seperti kencing manis dan sklerosis berbilang
- Memperkasakan pesakit dengan peranti penyampaian ubat yang mudah digunakan, menggalakkan teknik suntikan yang baik dan direka bentuk untuk memberikan keselesaan maksimum