Unistik® 3
Lanset keselamatan steril sekali guna Unistik®3 menyediakan cara yang senang dan mudah untuk menguji paras gula darah. Satu klik mudah untuk menggerakkan lanset dan penggunaan Comfort Zone Technology® (CZT) yang unik memberi pengalaman pensampelan darah yang paling selesa kepada pesakit.
Data klinikal* bebas menunjukkan bahawa lanset keselamatan Unistik® 3 dengan CZT® mengurangkan kesakitan, memberikan pengalaman yang lebih selesa kepada pesakit. CZT® terdiri daripada lapan titik tekanan timbul pada lanset keselamatan di bahagian pesakit. Teknologi terpaten ini menghantar isyarat keselesaan ke otak, membantu menghilangkan kesakitan berkaitan dengan pencucuk jari.
Pilihan Unistik®3 menampilkan pembidik sisi, reka bentuk ergonomik yang memberi keyakinan dan kawalan penuh kepada penyedia penjagaan keselamatan semasa prosedur pensampelan dan jarum boleh ditarik balik, melindungi pengguna daripada kemungkinan kecederaan akibat tertusuk jarum.
Pilihan Unistik®3 turut menampilkan satu penunjuk untuk menentukan posisi yang tepat, dan satu penunjuk halang masuk yang mencegah serta mengenalpasti cubaan guna semula.
Pilihan lanset keselamatan sekali guna Unistik®3 menawarkan lima pilihan kedalaman dan spesifikasi ukuran berbeza untuk digunakan dalam semua persekitaran klinikal dan keperluan pensampelan darah.
Kebaikan:
- Jarum ditarik semula dengan serta-merta selepas digunakan, mengurangkan risiko kecederaan akibat tertusuk jarum
- Comfort Zone Technology® memaksimumkan keselesaan pesakit semasa prosedur pensampelan
- Penunjuk halang masuk mencegah penggunaan semula
- Reka bentuk intuitif – hanya memerlukan latihan minimum
- Penunjuk untuk posisi yang disasarkan
*Dewland P, Edwards C. Kajian buta tunggal, rawak, bersilang 8 hala untuk membandingkan jumlah darah dan persepsi kesakitan disebabkan pensampelan darah kapilari – Mac 2007.
Unistik®3 Gentle
- Lanset ukuran 30 1.5mm kedalaman penusukan
- Lingkungan pesakit yang disyorkan cth. pediatrik dan ujian yang kerap
Unistik®3 Comfort
- Lanset ukuran 28 1.8mm
- Lingkungan ujian yang disyorkan cth. pemantauan glukosa darah wad dan HbA1C di wad
Unistik®3 Normal
- Lanset ukuran 23 1.8mm
- Lingkungan ujian yang disyorkan cth. pemantauan glukosa darah, kolesterol, HbA1C di wad
Unistik®3 Extra
- Lanset ukuran 21 2.0mm
- Lingkungan ujian yang disyorkan cth. kolesterol, Hemoglobin (Hgb), ujian kit disgnosis seperti enzim kardium
Unistik®3 Neonatal and Laboratory
- Lanset ukuran 18 1.8mm
- Lingkungan ujian neonatal yang disarankan cth. Hipotiroidisme kongenital, Fenilketonuria (PKU), Ujian darah tumit tunggal seperti Bilirubin, Glukosa, Hemoglobin, penyakit Sel Sabit dan penyakit lain
- Lingkungan ujian makmal yang disarankan cth. Gas dan Elektrolit Darah, Profil Ujian Kimia, H.pylori
Lanset Keselamatan Sekali Guna Unistik® 3
Unistik 3 Gentle 50 | AT1025 |
Unistik 3 Gentle 100 | AT1022 |
Unistik 3 Gentle 200 | AT1024 |
Unistik 3 Comfort 50 | AT1045 |
Unistik 3 Comfort 100 | AT1042 |
Unistik 3 Comfort 200 | AT1044 |
Unistik 3 Normal 50 | AT1008 |
Unistik 3 Normal 100 | AT1002 |
Unistik 3 Normal 200 | AT1004 |
Unistik 3 Extra 100 | AT1012 |
Unistik 3 Extra 200 | AT1014 |
Unistik 3 Neonatal 100 | AT1052 |
Unistik 3 Neonatal 200 | AT1054 |
Produk-produk berikut yang dipaparkan di laman web ini tidak dijual di Malaysia.