Amielle

Rawatan kendiri lembut untuk wanita yang sedang menerima radioterapi pelvik
X

Dilator Vagina Amielle Care

Dibina dengan kerjasama Forum Kebangsaan Jururawat Ginekologi Onkologi UK, Amielle Care mempunyai pelbagai dilator yang direka untuk membantu wanita mengatasi masalah kesihatan mengenai struktur vagina, berikutan radioterapi vagina, serviks atau pelvis. Radioterapi boleh meninggalkan parut dalaman (pelekatan) di kawasan yang dirawat dan membuat vagina lebih sempit, kering dan kurang elastik.

Dilator faraj Amielle Care membantu menggurangkan risiko pembentukan parut dan menawarkan satu cara berkesan untuk pesakit mengambil peranan aktif dalam rawatan mereka.

Pencegahan pembentukan tisu parut dalam faraj membantu memastikan vagina masih lembut, supaya persetubuhan dan pemeriksaan vagina dapat dilakukan tanpa rasa tidak selesa atau sakit. Dicadangkan bahawa dilator vagina ditawarkan kepada pesakit yang sedang menjalankan radioterapi radikal terhadap pelvis sebagai sebahagian daripada rawatan barah mereka, bersama dengan sokongan dan pendidikan. 1

Amielle Care termasuk satu set 4 dilator bersenggat dengan pemegang serba guna untuk memudahkan pemasukan dan penanggalan, pelincir dan satu beg yang tidak menonjol (UK sahaja).

Kebaikan:

  • Rawatan pesakit berkesan yang selesa digunakan di rumah pesakit
  • Kadar rawatan mengikut arahan pesakit dan pakar klinik
  • Empat saiz bersenggat untuk membantu pesakit bertambah baik secara beransur-ansur
  • Direka untuk membantu membina keyakinan
Amielle Care SM2150

 

Dilator Faraj Amielle Comfort

Amielle Comfort adalah rawatan kendiri lembut untuk persetubuhan yang sakit, direka dengan kerjasama ahli terapi psikoseksual. Dilator Amielle Comfort membantu wanita yang mengalami vaginismus dan dispareunia dan boleh digunakan secara berasingan atau bersama rawatan lain.

Amielle Comfort termasuk satu set lima dilator bersenggat dengan pemegang serba guna untuk memudahkan pemasukkan dan penanggalan, pelincir dan satu beg yang tidak menonjol (UK Sahaja).

Kebaikan:

  • Rawatan pesakit berkesan yang selesa digunakan di rumah pesakit
  • Kadar rawatan mengikut arahan pesakit
  • Lima saiz bersenggat untuk membantu pesakit bertambah baik secara beransur-ansur
  • Direka untuk membantu membina keyakinan
Amielle Comfort SM2100

Laman web sokongan pesakit: www.time2talksexualhealth.com

  1. Garis panduan amalan terbaik untuk penggunaan dilator vagina bagi wanita yang sedang menerima radioterapi pelvik, Forum Kebangsaan Jururawat Ginekologi Onkologi
Model digunakan untuk tujuan ilustrasi sahaja.