Cara kami menjalankan operasi dan melayan pekerja, pembekal dan rakan kongsi, pengaruh kami atas komuniti setempat dan cara menjaga kepentingan pelanggan adalah asas kepada operasi kami. Kami tidak beranggapan bahawa inilah satu-satu cara yang betul untuk melakukannya, namun ia penting untuk pertumbuhan organisasi yang mampan dan bertanggungjawab.

Di samping menyokong kerja komuniti pasukan kami, termasuk kerja amal dan pemungutan derma, kami turut mementingkan tanggungjawab kami terhadap alam sekitar.

Owen Mumford mempunyai matlamat untuk menjadi peneraju dalam pengawasan alam sekitar untuk generasi sekarang dan masa hadapan. Itulah yang menjadikan visi alam sekitar bahagian penting dalam strategi kami, diletakkan seiring dengan matlamat korporat dan kewangan kami.

SGSKami telah membuat satu rancangan pengurusan alam sekitar, yang memenuhi kriteria ISO.14001:2004, mengandungi matlamat jangka panjang untuk memastikan aktiviti alam sekitar kami turut berevolusi serentak dengan pertumbuhan perniagaan kami.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendekatan kami terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat dan Persekitaran, sila baca risalah korporat kami daripada pautan di bawah.