Owen Mumford merupakan peneraju industri global dalam bidang reka bentuk serta pengilangan peranti perubatan.

Kami menghasilkan produk perubatan perintis di bawah jenama kami sendiri, Owen Mumford serta penyelesaian peranti langganan untuk syarikat-syarikat yang menerajui dunia dalam bidang farmaseutikal dan diagnosis.

Inovasi tersebut membantu pesakit dan profesional penjagaan kesihatan menyampaikan rawatan yang berkesan untuk keadaan seperti kencing manis, sklerosis berbilang dan banyak lingkungan terapi yang lain. Penyelesaian kami digunakan sebagai sebahagian daripada rancangan pengurusan kendiri dan di hospital, pembedahan oleh doktor, farmasi, rumah jagaan dan klinik di seluruh dunia.

Kami cuba memperbaiki kualiti kehidupan, menggalakkan kepatuhan terhadap rawatan serta mengurangkan kos penjagaan kesihatan, melalui usaha dan rakan kongsi kami. Melakukan sesuatu yang sungguh bermakna, kepada manusia sejagat

Reka bentuk canggih kepada pengilangan penyelesaian global

Owen Mumford mula menghasilkan peranti perubatan sejak 60 tahun lalu, menawarkan inovasi bagi pensampelan dan penyampaian ubat dengan peranti suntikan kendiri dan platform pensampelan darah serta harta intelektual yang meluas dan terbukti diterima ramai.

Kaji selidik, reka bentuk dan keupayaan pengilangan ekstensif kami telah menghasilkan peranti perubatan yang menerajui industri dan digunakan oleh khalayak ramai di seluruh dunia –hampir 90% daripada produk kami dieksport ke lebih daripada 60 buah negara. Kami komited untuk membawa peranti yang menyelamatkan nyawa dan mengubah kehidupan ke pasaran baharu di serata dunia.

Owen Mumford beribu pejabat di Oxford, England, mempunyai pejabat di UK, AS, Perancis, Jerman, China, Mexico dan Malaysia serta pengedar khas merentasi lima benua. Kami terpilih sebagai salah satu Syarikat Pertumbuhan Global di Forum Ekonomi Dunia, dan merupakan rakan kongsi yang boleh dipercayai bagi syarikat-syarikat farmaseutikal terbesar dunia, bekerja rapat dengan rakan kongsi antarabangsa untuk menyokong pelanggan kami di peringkat tempatan serta menyediakan perkhidmatan yang konsisten dan berdedikasi.

Untuk maklumat lanjut tentang warisan, peluang kerjaya dan berita terkini kami, sila klik pada pautan di dalam tab menu. Untuk maklumat lanjut atau bercakap dengan seseorang daripada pasukan kami, sila hubungi kami.